Anugerah syawal.....seindah ramadhan.~~ sedap kan lagu raya bunkface ni. Everyday boleh dengar dekat tv3. Entry ni mempersembahkan anugerah syawal aku dengan rakan-rakan hahaha ntah ayat apa aku pakai. Actly dis year tak buat 'buka rumah' atas beberapa kesulitan yang dialami. Jadi kawan-kawan aku semua nak datang bile? Dorang ni kalau tak berjemput OH rumah aku tak pandai nak datang sendiri. Like anak VVIP la korang kan..Okay, dengan itu aku open untuk kawan-kawan aku hari jumaat lepas. Balik keje pukul 5, sampai rumah pukul 6..terus aku tolong mak kat dapur sebab aku jemput orang after maghrib.
Tapi aku rileks je la sebab aku main jemput je kawan2 aku and dorang tak bagi feedback. So, aku dengan bangganye cakap kat mak "mak, org tak tau dorang ni datang ke tak, sekali tak da org mak hahaha". Hangin je muka mak sebab dia da masak banyak-banyak. Aku duk gelakkan mak ngan kakak aku yang semangat hahaha
Last2, lepas maghrib aku dapat call dari anas and surya, kawan SKSD aku. Dorang sesat! Ohh da ada orang nak datang. Ok tak pa dua orang je........then lepas tu berderet2 kawan aku muncul! Ramai pulak! Non stop! OMJ dorang datang walaupun tak bg feed back hahaha. Thanks kat korang semua yang datang. Aku suka korang lepak2 rumah aku sampai buat macam rumah sendiri hahaha Tiap-tiap tahun macam ni la, mak ngan abah akan cakap 'kawan-kawan angah mesti ramai datang'. Alhamdulillah persahabatan kami masih terjalin. Mak ngan abah pun dah biasa ngan dorang. Mereka la kawan aku dari budak hingusan, selekeh2 bagai and now da 24 tahun semua. Thanks u olls!
 |
aku malas letak gambar banyak jadi aku buat collage. maaf kalau gambar anda kecik hehe |
|
 |
wei aku tak tau apsal gambar korang mesti ada haha! |
 |
ini lagi.. |
 |
banyak pulak haha.. |
 |
That day 16/8 besday Azie. celebrate dekat umah sekali. Happy besday gojes!! |
No comments:
Post a Comment