Disebabkan berukband aku hilang, susah sikit la nak on9. Belog pun tak berupdet, baru aku bercita-cita nak updet belog selalu...nak cantik2kan belog......huuu mane la berukband aku pegi.
okeh2..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!! *walaupun da 13 syawal hihi. Buat pengetahuan korang aku raya kat melaka, kan da bg tau kan..masuk tahun ni da 3 kali berturut aku dapat pergi sembahyang raya. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab Allah masih bagi peluang kepada aku dan family beraya bersama dan menunaikan sembahyang raya bersama. Kalau dulu mak selalu tak dapat pergi sebab kami semua kecik2, takda orang jaga. Now, semua dah besar and dis year iyah pun pergi for the first time.
 |
muka suci dipagi raya nak pergi sembahyang raya haha, with kak cik |
 |
with iyah, dia pun nak ikut sebab nak pergi kubur katanya |
Macam biasa selepas sembahyang raya kami, atuk and nenek ke tanah perkuburan untuk menziarahi kubur arwah nek wo (nenek abah). Then after baca yassin and abah, nenek jumpa kenalan-kenalan dorang, salam2, peluk2 kami terus balik. Sampai rumah nenek, adik2 sedara aku dah terbungkang dekat hall. Hamboi2 sodapnye korang membuta pagi2 raya ni eh! Jeles akuh!. okeh tak pe pape hal nak melantak dulu. yeahhh!!
Menu raya tahun ni macam biasa rendang itik, rendang ayam, ayam masak merah (sangat sedap sebab mak buat hihi), masak lodeh (sedap jugak, air tangan mak), lemang lemak berkrim(air tangan abah), ketupat, kuah kacang (ni nenek buat). Lepas makan plus borak2 kami.....................................................................TIDO! tak senonoh betul kan. Tahun ni la aku rasa pelik sikit, sebab selalu lepas sembahyang raya kami akan pergi raya umah nenek2 sedara tapi kali ni lambat sikit. Sebenarnya bukan la tak senonoh mana, ish2 jangan pk negatif yea...kitaorang tunggu pak lang sampai then baru beraya sama2. ha kan meriah nanti huhu. Petang sikit baru la pergi umah nenek sedara aku. Nek long aku sampai dah mesej kenapa tak datang umah lagi. Hamboi2 nek bermesej2 bagai....
 |
with along, abaikan budak belakang tu |
 |
dis year i'm wearing pink baju kurung |
Malam pulak kami beraya ke masjid tanah dan esoknye baru pulang ke kajang. Ondaway ke kajang, kami singgah beraya ke rumah mak jang di soromban. Ha rumah ni wajib tau....mak jang ni adik ayah aku yang paling rapat. Lepas makan2 *mak jang pun suka masak sedap macam mak heee, amik2 gambar banyak2...kami pun meneruskan perjalanan ke kajang. Jalan tak jem pun, sampai dengan cepat, lepas tu jumpa nenek....duduk2...makan2 sikit sebab da kenyang nak mati....pastu balik ke kl dengan jayanya..so aku dah ada kat kl raya kedua. Okeh SHRA MZDB!! malas tulis panjang2 haha. Bye!
*2 Syawal 1434H
 |
my family with atuk n nenek |
 |
my supe duper love, mak is so beutiful with her sweet smile =) |
 |
Happy Eid Mubarak guys!! with siblings and cousins |
No comments:
Post a Comment