Assalamualaikum
Minggu depan merupakan minggu terakhir aku practical kat Jabatan Kerja Raya (JKR). It almost ten weeks and i realy dun realize it become too fast. And i'm about too finish my degree dis year! Alhamdulillah, hope beberapa langkah lagi untuk menamatkan degree ni berjalan dengan lancar. Doakan untuk aku yea kengkawan heee....Insya Allah kalau dapat kerja, i'm officially boleh pegang position seorang engineer. Insya Allah =)
Tengah menaip sambil dengar lagu Awie & Ziana Zain, tajuk tak tau haha. Ni sebab En. sebelah bilik aku ni dok pasang lagu tu kuat pulak. Macam feeling2 la nak update blog wahahaha. Aku nak share pengalaman sepanjang intern kat sini.
Aku ditempatkan dekat Unit Pemulihan Jambatan. Dimana apa yang aku nampak 10 minggu ni hanya berkaitan JAMBATAN SAHAJA. Interestng jugak sebab tak pernah belajar pasal jambatan. Tapi kat sini tak banyak pergi site sebab HQ memang like a boss sikit hahaha. and tempat duduk aku dalam ofis ni satu bilik ngan engineer. Memang like a boss la wei duduk dalam bilik dengan ngadap pc sebijik! Heaven laaa....hahaha
Staff kat unit ni ciput je tak ramai, ada 8 orang je. Seronok gak la tak ramai sebab kang aku pening nak ingat nama sorang2 hahaha. Bos besar kat sini baik, caring walaupun dia chinese. Mungkin dia tau aku tak banyak keluar site, habis semua buku2, note2 kejadah semua dia bagi aku. Untungkan hahaha. dia siap suruh letak dalam report. Buku-buku jkr ni ingat sonang ke nak dapat, kena beli tahu tak. Aku dapat free sahaja! Thanks Mr.Leow a.k.a Boss besar
Kalau bos kecik pulak penyelia aku En Faizal yang soft spoken. Dia ni pulak sangat baik and pemurah. Kalau ada apa2 event semua dia akan bayarkan untuk aku hahahah. Selalu aku dengar dia cakap camni. "Saya punya tu sekali dengan ida k". Heee baik sangat, and nk dapat sign dia pun cool jek. Hai En. Faizal nasib da kawin ahhahha. Btw thanks a lot sebab sangat baik dan selalu keluar duit untuk aku. Memang penyelia yang sempoi la..
Aku ada jugak beberapa kali pegi site, even aku tau kaki aku ni cap ayam, selalu buat hal. tapi aku ignore je dah keje kan. Ada skali tu aku turun dari fortuner terus sakit kaki aku hahaha nasib ok lepas tu. Aku agak fortuner tu tinggi sangat hahahaha aku mana la reti naik kete tinggi2 ni dan2 aku lompat turun, memang la sakit kaki hahaha mengong.
Aku share sikit beberapa gambar dekat sini...chillos!
 |
Time ni dekat bawah jambatan, kete, lori besar gajah sume dok lalu2 kat atas je haha padahal jambatan dah nak runtuh tu woi. Abaikan style bergambar aku, ntah apa2..haha ( Dekat kuala pilah) |
Masa aku pergi inspec jambatan ni, keadaan dia memang da teruk sebab dia dibina masa tahun aku tak lahir lagi. Dah nyawa2 ikan je jambatan ni, tapi kenderaan yg lalu mak ai besar2 gabak sume. Jambatan ni tak pakai pile sebab orang dulu-dulu mana tau pile2 ni, dorang jadikan guni tanah untuk support jambatan ni. So memang tak da support.
 |
Dekat bawah ni la dorang letak guni tanah untuk support tapi bila air sungai naik semua da hilang. |
 |
Keadaan sisi jambatan. memang da teruk sebab hakisan dari air sungai |
 |
OK ni semua gara2 Mr.Tan a.k.a tech. tu. Dia cakap dragon fruit ni sama besar ngan kepala aku! hampas betol! |
Yang ni aku pergi audit dekat pajam, highway LEKAS tu. Dapat la attend site meeting dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Pastu inspec jalan je sepanjang 642 km check bagai semua. Masa ni En Farid bhg zon selatan yang bawak aku. Yang bestnye sini, lepas audit dapat makan! hahaha. Lembaga Lebuhraya Malaysia yang belanja, makan dekat masakan org nogori, aku tak ingat nama kedai apa. Yang penting dia ada coconut shake santan sawit! haaa sekali kelapa sawit aku dapat. First rasa coconut shake santan sawit ni. ok la not bad tapi last2 ada hampas kelapa pulak. Hampas punya makcik!
 |
Ni masa audit dekat Pajam. Main2 tepi jalan je and tak penah la ada pompuan kalau aku pergi site. Aku je la membebel sorang tak de member borak hahaha. |
|
|
|
|
|