Sunday 6 October 2013

SARAWAK TRIP PART 1



Assalamualaikum...

Tercapai jugak impian nak pergi seberang laut hehehe. Sarawak here we come! Tujuan pergi Sarawak ni untuk menghadiri SEIC which means Soft Soil Engineering Conference yang telah diadakan di Kuching, Sarawak. Tapi dalam kepala masing-masing memang tak de conference la kan, matlamat utama nak g Holiday je....maka dengan yakinnya kami book tiket flight awal 4 hari dari conference. Haa kat situ dah nampak kerakusan masing-masing nak pergi holiday bukan conference hahahaha.


Jumaat 13/9/2013: Day 1~

Kami bergerak seawal jam 8 pagi dari Uni, padahal flight pukul 2 petang. Aku pun tak tau kenapa haha Naik flight di Lapangan Terbang Senai, Johor Bharu. Sampai-sampai kan awal bebenor so makan kfc dulu sebab situ je tempat yang selesa duduk sambil perhatikan bagasi-bagasi dari luar cermin dinding kfc ni. Okay aku nak bagi tahu tahap service KFC dekat Airport Senai ni sangat, sangat, sangat la ZERO!! Tak ada rasa hormat dekat customer langsung dalam erti kata lain aku cakap staff KFC kat sini kuang hajo! haa hamik kau and staff tu perempuan pakai tudung. Sape2 pergi kfc airport senai carik la pompuan ni. Okay puas ati, teruskan bercerita.


ready to fly..


So jam 2 petang kami fly ke Kuching, Sarawak! Sesampai disana terus carik cab yang boleh bawak kami terus ke Backpacker Stay iaitu tempat penginapan kami selama 6 malam...dengar tak 6 malam okayyy! Backpacker Stay ni memang hanya sesuai untuk para-para backpackers yang suka travel dan bilik hanya untuk tidur sahaja bukannya untuk bersantai-santai memang tak sesuai langsung. Bagi aku tempat tidur selesa, bilik  mandi share tapi bersih cuma toilet agak tak selesa sebab kena angkut air sendiri hehehe but so far semua okay. Duduk sini macam kita duk kat homestay jugak.



ni keadaan dalam Backpacker, kitaorg amik dorm yang boleh muat 6 org senang dan bajet. Papan sepanjang dinding tu komen2 dari semua backpackers dari seluruh dunia yang penah tinggal kat sini.


Lepas dah letak barang dan rehat2 sekejap kami semua start explore kawasan sekeliling dan lucky for us sebab tempat tinggal ni memang terletak di tengah-tengah bandar kuching dan sangat dekat dengan waterfront Kuching. Jalan-jalan di sepanjang kedai souvenir dekat area waterfront.





Malam tu kami dinner di Nasi Ayam SCR (Singapore Chicken Rice) dekat shopping mall berdekatan dengan padang merdeka dan juga memang dekat dengan tempat tinggal ktorg. Malam tu kakak wong yang bawa sebab area backpackers memang tak de halal food. Majoriti chinese yang duduk situ, nasib baik ada 7 eleven, penyelamat ketika lapar hahaha.




Jalan-jalan sekitar waterfront. Naik bot tu yang seronok, first experience dan rasa nak naik lagi!



Sabtu 14/9/2013: Day 2~

Menjelajah ke Sarawak Culture Village. Pagi2 lagi da bergerak jalan kaki menyusuri sepanjang Carpenter Street sebabnya pakcik van tu tunggu kat simpang je. 



Kampung Budaya Sarawak ni terletak di kaki gunung santubong dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih juga. Sebelum tu kami singgah breakfast dulu. Today breakfast try makan mee kolok, dorang cakap makanan popular kat Sarawak so, kena try.

Mee kolok Sarawak, sekali pandang macam megi, bila rasa mee dia tak kenyal pun, macam banyak tepung. Lain dengan mee kita. Mee ni makan dengan sup.
Selepas makan kami teruskan perjalanan ke Kg Budaya Sarawak. Dekat sini kita dapat mengenali pelbagai kebudayaan Sarawak dari pelbagai suku kaum mereka daripada jenis-jenis rumah yang berlainan. Entrance fee untuk masuk sini RM60 tapi kalau bawak student card hanya RM15 hengget je.
















Dekat sini juga ada persembahan kebudayaan sarawak yang akan di persembahkan pada waktu2 tertentu sahaja, So, tempat pun terhad siapa cepat dia dapat heee....

Sumber: album noniey

Sumber: album noniey

Sumber: album noniey

Sumber: album noniey. 

Sumber: album noniey

bersambung di part 2 hehe.....


Friday 30 August 2013

BFF





.


.
.
.
.
.
.




.


.
.
.
.
.
.

 

Thursday 29 August 2013

Selangkah ke alam pekerjaan..



Assalamualaikum

Minggu depan merupakan minggu terakhir aku practical kat Jabatan Kerja Raya (JKR). It almost ten weeks and i realy dun realize it become too fast. And i'm about too finish my degree dis year! Alhamdulillah, hope beberapa langkah lagi untuk menamatkan degree ni berjalan dengan lancar. Doakan untuk aku yea kengkawan heee....Insya Allah kalau dapat kerja, i'm officially boleh pegang position seorang engineer. Insya Allah =)

Tengah menaip sambil dengar lagu Awie & Ziana Zain, tajuk tak tau haha. Ni sebab En. sebelah bilik aku ni dok pasang lagu tu kuat pulak. Macam feeling2 la nak update blog wahahaha. Aku nak share pengalaman sepanjang intern kat sini.

Aku ditempatkan dekat Unit Pemulihan Jambatan. Dimana apa yang aku nampak 10 minggu ni hanya berkaitan JAMBATAN SAHAJA. Interestng jugak sebab tak pernah belajar pasal jambatan. Tapi kat sini tak banyak pergi site sebab HQ memang like a boss sikit hahaha. and tempat duduk aku dalam ofis ni satu bilik ngan engineer. Memang like a boss la wei duduk dalam bilik dengan ngadap pc sebijik! Heaven laaa....hahaha

Staff kat unit ni ciput je tak ramai, ada 8 orang je. Seronok gak la tak ramai sebab kang aku pening nak ingat nama sorang2 hahaha. Bos besar kat sini baik, caring walaupun dia chinese. Mungkin dia tau aku tak banyak keluar site, habis semua buku2, note2 kejadah semua dia bagi aku. Untungkan hahaha. dia siap suruh letak dalam report. Buku-buku jkr ni ingat sonang ke nak dapat, kena beli tahu tak. Aku dapat free sahaja! Thanks Mr.Leow a.k.a Boss besar

Kalau bos kecik pulak penyelia aku En Faizal yang soft spoken. Dia ni pulak sangat baik and pemurah. Kalau ada apa2 event semua dia akan bayarkan untuk aku hahahah. Selalu aku dengar dia cakap camni. "Saya punya tu sekali dengan ida k". Heee baik sangat, and nk dapat sign dia pun cool jek. Hai En. Faizal nasib da kawin ahhahha. Btw thanks a lot sebab sangat baik dan selalu keluar duit untuk aku. Memang penyelia yang sempoi la..

Aku ada jugak beberapa kali pegi site, even aku tau kaki aku ni cap ayam, selalu buat hal. tapi aku ignore je dah keje kan. Ada skali tu aku turun dari fortuner terus sakit kaki aku hahaha nasib ok lepas tu. Aku agak fortuner tu tinggi sangat hahahaha aku mana la reti naik kete tinggi2 ni dan2 aku lompat turun, memang la sakit kaki hahaha mengong.

Aku share sikit beberapa gambar dekat sini...chillos! 
 
Time ni dekat bawah jambatan, kete, lori besar gajah sume dok lalu2 kat atas je haha padahal jambatan dah nak runtuh tu woi. Abaikan style bergambar aku, ntah apa2..haha ( Dekat kuala pilah)

Masa aku pergi inspec jambatan ni, keadaan dia memang da teruk sebab dia dibina masa tahun aku tak lahir lagi. Dah nyawa2 ikan je jambatan ni, tapi kenderaan yg lalu mak ai besar2 gabak sume. Jambatan ni tak pakai pile sebab orang dulu-dulu mana tau pile2 ni, dorang jadikan guni tanah untuk support jambatan ni. So memang tak da support.

Dekat bawah ni la dorang letak guni tanah untuk support tapi bila air sungai naik semua da hilang.

Keadaan sisi jambatan. memang da teruk sebab hakisan dari air sungai

OK ni semua gara2 Mr.Tan a.k.a tech. tu. Dia cakap dragon fruit ni sama besar ngan kepala aku! hampas betol!

Yang ni aku pergi audit dekat pajam, highway LEKAS tu. Dapat la attend site meeting dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Pastu inspec jalan je sepanjang 642 km check bagai semua. Masa ni En Farid bhg zon selatan yang bawak aku. Yang bestnye sini, lepas audit dapat makan! hahaha. Lembaga Lebuhraya Malaysia yang belanja, makan dekat masakan org nogori, aku tak ingat nama kedai apa. Yang penting dia ada coconut shake santan sawit! haaa sekali kelapa sawit aku dapat. First rasa coconut shake santan sawit ni. ok la not bad tapi last2 ada hampas kelapa pulak. Hampas punya makcik!
 


Ni masa audit dekat Pajam. Main2 tepi jalan je and tak penah la ada pompuan kalau aku pergi site. Aku je la membebel sorang tak de member borak hahaha.




Wednesday 21 August 2013

HELLO KITTY Charms Bracelet


Assalamualaikum....

Eh apa charms ni? macam menarik je bunyi. Aku pun pegi jumpa en. google sebab nak tau. Then baru aku tau charms ni benda kecik-kecik yang comel-comel dan ada banyak bentuk yang boleh letak kat bracelet atau neklace. Selalunya orang letak kat bracelet la Memang so ketinggalan la aku ni. benda da femes sampai adik aku iyah tu pun tau. first time aku tengok charms bracelet ni terus terminat! huuu cantiknya! ada macam-macam jenis pulak. Yang paling aku suka charms bracelet yang aku dok tempek kat header blog aku ni . Ada sapa2 nak bagi tak? haha

Ni antara jenis-jenis charms bracelet 


yang ni cantik and simple

ini pun sweet ada lap2 gitu

yang ni sesuai untuk adik2 kecil

cantik jugak tapi macam serabut

aku suka ini sebab simple

Matlamat sebenar entry ni nak cerita pasal HELLO KITTY CHARMS COLLECTION yang kita boleh dapat dekat 7 eleven. Ha cara dia senang je:

1. Pergi ke mana-mana 7 eleven seluruh Malaysia
2. Beli apa-apa barang dalam RM 5 ringgit ke atas dalam single resit korang akan dapat 1 sticker HELLO KITTY. (cigarettes dan topup not include)
3. Then korang kena kumpul sampai 20 sticker tuk dapatkan 1 charms HELLO KITTY. Tapi kalau dah ada 10 sticker boleh dapatkan charms tu dengan harga RM 3.90 each.

Kalau nak beli bracelet Hello Kitty ni boleh dapatkan kat mana-mana store 7 eleven terpilih dengan harga RM 15.90

Untuk maklumat lanjut boleh pergi website 7eleven

ni kad untuk collection sticker boleh download je kat website 7 eleven










Tuesday 20 August 2013

ANUGERAH SYAWAL



Anugerah syawal.....seindah ramadhan.~~ sedap kan lagu raya bunkface ni. Everyday boleh dengar dekat tv3. Entry ni mempersembahkan anugerah syawal aku dengan rakan-rakan hahaha ntah ayat apa aku pakai. Actly dis year tak buat 'buka rumah' atas beberapa kesulitan yang dialami. Jadi kawan-kawan aku semua nak datang bile? Dorang ni kalau tak berjemput OH rumah aku tak pandai nak datang sendiri. Like anak VVIP la korang kan..Okay, dengan itu aku open untuk kawan-kawan aku hari jumaat lepas. Balik keje pukul 5, sampai rumah pukul 6..terus aku tolong mak kat dapur sebab aku jemput orang after maghrib.

Tapi aku rileks je la sebab aku main jemput je kawan2 aku and dorang tak bagi feedback. So, aku dengan bangganye cakap kat mak "mak, org tak tau dorang ni datang ke tak, sekali tak da org mak hahaha". Hangin je muka mak sebab dia da masak banyak-banyak. Aku duk gelakkan mak ngan kakak aku yang semangat hahaha

Last2, lepas maghrib aku dapat call dari anas and surya, kawan SKSD aku. Dorang sesat! Ohh da ada orang nak datang. Ok tak pa dua orang je........then lepas tu berderet2 kawan aku muncul! Ramai pulak! Non stop! OMJ dorang datang walaupun tak bg feed back hahaha. Thanks kat korang semua yang datang. Aku suka korang lepak2 rumah aku sampai buat macam rumah sendiri hahaha Tiap-tiap tahun macam ni la, mak ngan abah akan cakap 'kawan-kawan angah mesti ramai datang'. Alhamdulillah persahabatan kami masih terjalin. Mak ngan abah pun dah biasa ngan dorang. Mereka la kawan aku dari budak hingusan, selekeh2 bagai and now da 24 tahun semua. Thanks u olls!



aku malas letak gambar banyak jadi aku buat collage. maaf kalau gambar anda kecik hehe


wei aku tak tau apsal gambar korang mesti ada haha!



ini lagi..


banyak pulak haha..
That day 16/8 besday Azie. celebrate dekat umah sekali. Happy besday gojes!!



Friends until jannah






 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

No words...i luv them forever =D







Monday 19 August 2013

1 Syawal 1434H / 2013



Disebabkan berukband aku hilang, susah sikit la nak on9. Belog pun tak berupdet, baru aku bercita-cita nak updet belog selalu...nak cantik2kan belog......huuu mane la berukband aku pegi.
okeh2..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!! *walaupun da 13 syawal hihi. Buat pengetahuan korang aku raya kat melaka, kan da bg tau kan..masuk tahun ni da 3 kali berturut aku dapat pergi sembahyang raya. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab Allah masih bagi peluang kepada aku dan family beraya bersama dan menunaikan sembahyang raya bersama. Kalau dulu mak selalu tak dapat pergi sebab kami semua kecik2, takda orang jaga. Now, semua dah besar and dis year iyah pun pergi for the first time.


muka suci dipagi raya nak pergi sembahyang raya haha, with kak cik

with iyah, dia pun nak ikut sebab nak pergi kubur katanya

Macam biasa selepas sembahyang raya kami, atuk and nenek ke tanah perkuburan untuk menziarahi kubur arwah nek wo (nenek abah). Then after baca yassin and abah, nenek jumpa kenalan-kenalan dorang, salam2, peluk2 kami terus balik. Sampai rumah nenek, adik2 sedara aku dah terbungkang dekat hall. Hamboi2 sodapnye korang membuta pagi2 raya ni eh! Jeles akuh!. okeh tak pe pape hal nak melantak dulu. yeahhh!!

Menu raya tahun ni macam biasa rendang itik, rendang ayam, ayam masak merah (sangat sedap sebab mak buat hihi), masak lodeh (sedap jugak, air tangan mak), lemang lemak berkrim(air tangan abah), ketupat, kuah kacang (ni nenek buat). Lepas makan plus borak2 kami.....................................................................TIDO! tak senonoh betul kan. Tahun ni la aku rasa pelik sikit, sebab selalu lepas sembahyang raya kami akan pergi raya umah nenek2 sedara tapi kali ni lambat sikit. Sebenarnya bukan la tak senonoh mana, ish2 jangan pk negatif yea...kitaorang tunggu pak lang sampai then baru beraya sama2. ha kan meriah nanti huhu. Petang sikit baru la pergi umah nenek sedara aku. Nek long aku sampai dah mesej kenapa tak datang umah lagi. Hamboi2 nek bermesej2 bagai....


with along, abaikan budak belakang tu


dis year i'm wearing pink baju kurung


Malam pulak kami beraya ke masjid tanah dan esoknye baru pulang ke kajang. Ondaway ke kajang, kami singgah beraya ke rumah mak jang di soromban. Ha rumah ni wajib tau....mak jang ni adik ayah aku yang paling rapat. Lepas makan2 *mak jang pun suka masak sedap macam mak heee, amik2 gambar banyak2...kami pun meneruskan perjalanan ke kajang. Jalan tak jem pun, sampai dengan cepat, lepas tu jumpa nenek....duduk2...makan2 sikit sebab da kenyang nak mati....pastu balik ke kl dengan jayanya..so aku dah ada kat kl raya kedua. Okeh SHRA MZDB!! malas tulis panjang2 haha. Bye!

*2 Syawal 1434H



my family with atuk n nenek

my supe duper love, mak is so beutiful with her sweet smile =)

Happy Eid Mubarak guys!! with siblings and cousins